Khaulah al-Azwar, namanya tercatat sebagai seorang pahlawan wanita yang berani dan tangkas bermain pedang. Khaulah dan abangnya Dhirar telah diasuh oleh ayahanda mereka dengan ilmu peperangan dan pertempuran.
Pada suatu hari, Khaulah dan abangnya telah menyertai pasukan perang yang dipimpin oleh panglima Khalid al-Walid untuk menawan negeri Syam yang pada ketika itu dijajah oleh tentera Rom. Dalam peperangan itu, abangnya Dhirar telah ditangkap oleh tentera Rom. Khaulah berasa amat sedih apabila mengetahui berita tentang penangkapan abangnya itu.
Khaulah telah berazam untuk membebaskan abangnya itu. Pada hari kedua peperangan, Khaulah telah keluar dengan memakai jubah hitam dan wajah yang ditutup dengan serban hijau. Khaulah yang pandai menunggang kuda dan tangkas bermain senjata telah mengkucar-kacirkan keadaan di medan pertempuran. Panglima al-Walid kagum dengan keberanian pahlawan yang tidak dikenalinya. Di akhir peperangan, panglima Khalid al-Walid bertanya kepadanya, “Siapakah engkau sebenarnya? Bukalah kain penutup mukamu.” Khaulah hanya mendiamkan diri tetapi setelah ditegur oleh pejuang2 yang lain, akhirnya Khaulah bersuara. Mendengar suara yang lemah-lembut itu, Khalid al-Walid terperanjat dan bertambah kagum. Khaulah pun menceritakan tentang sebab beliau menyertai peperangan itu.
Apabila Khalid al-Walid mengetahui masalah yang dihadapi oleh Khaulah itu, beliau segera menyusun strategi untuk membantu Khaulah menyelamatkan abangnya.
Akhirnya Dhirar telah berjaya diselamatkan atas pertolongan tentera muslimin. Khaulah sangat gembira apabila bertemu abangnya. Dhirar terharu dan berbangga apabila mendengar cerita sahabat2 tentang keberanian adiknya itu di medan pertempuran.
[dipetik dari 'Ana Muslim']
jah bg along bce bernaskhah2 ‘Ana Muslim’.tQ jah.
moral of this story:
1. berani menegakkan kebenaran
2. sayangi keluarga.family 1st
3. tolong-menolong [backing up sesama saudara Islam]
byk lagi ni..nk tmbah?sile2..! =)
p:s
ttbe rse cm nk bg ank nme Dhirar n Khaulah[abg n adik] cm cumil j.hehe..aiyuyu,mnde la iman ni.
Dari Ibnu Mas’ud r.a, bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w:
Manakah amalan yang lebih utama? Baginda menjawab:
“Sembahyang dalam waktunya, Berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah”
[hadith riwayat bukhari]

